Belajar Internet Secara Interaktif
Internet Explorer , Outlook dan Newsgroup
( Bina Laman Web , Upload Laman Web , Web Email )

Menu Utama

Kursus Integrasi Internet

Nota Kursus Internet

Membina Laman Web dgn M'soft Word

Upload ke tapak percuma - Tripod

Mendaftar web email - hotmail

Ruangan Iklan - Aspati

Kredit - Aspati

Pelayar Web Simple  Aspati - Free

Belajar Sendiri Internet merupakan Lanjutan daripada siri Belajar Windows98 yang telah lama berada dipasaran. Tajuk ini merupakan siri belajar yang mana dibahagikan kepada 4 tajuk utama iaitu Kursus Internet , Membina Laman Web dengan Microsoft Word , Langkah - Langkah untuk memindahnaik laman web ke tapak percuma - tripod dan mendaftar web email - hotmail.

Kursus Internet
Kursus ini memakan masa lebihkurang satu jam setengah menerangkan kepada pengguna tentang kepenggunaan Internet Explorer yang didatangkan bersama - sama dengan Windows98 oleh Microsoft Corporation.Penerangan mengenai kepenggunaan Outlook juga diterangkan bagi mennyelenggara email.Seterusnya bagaimana penggunaan Newsgroup. Nota kursus juga diberikan untuk pembacaan jika anda menyampah mendengar suara deen galimeng.

Membina Laman Web dengan Microsoft Word
Ahaaaa .... Mungkin bagi yang dah terrer maka membina laman web adalah semudah makan kuaci yang dibeli dari kedai mamak yang sudah tiga hari tak mandi ... Akan tetapi bagi yang baru berjinak - jinak dengan internet tambah-tambah lagi yang baru semalam dapat komputer ke'terrer'an membina laman web dipandang sebagai dasyat lagi mendasyatkan. Daripada deen galimeng membiarkan orang yang baru terpinga-pinga tentang membina laman web ... maka disini topik ini akan menjadikan anda boleh membina laman web semudah memakan kacang goreng !!! .... dah la tu pulak .... Jika anda boleh melakukan nya maka dengan sendirinya anda boleh untuk cuba menggunakan perisian lain seperti Frontpage atau sebagainya ....

Memindahnaik Laman web ke Tapak percuma - Tripod
Ini sebenarnya untuk mereka yang kedekut seperti deen galimeng yang semua nya nak free belaka .... Belajar free ... buat laman web free ... upload pun free juga .... Maka disini kami memilih Tripod untuk diterangkan akan langkah - langkah untuk memindahnaik laman web yang telah anda bina tadi. Kami juga tak mahu menggunakan perisian ftp ( walaupun senang ) kerana mungkin kebanyakan pengguna kita masih menggunakan komputer pinjam ataupun cybercafe yang mana proses pindahturun perisian ftp tidak sempat diturunkan. Jika engkorang sudah biasa dengan web-ftp yang disediakan di tapak tripod maka dengan sendirinya korang boleh belajar untuk pindahturun perisian percuma di tripod seperti cute-ftp yang juga free .... Lagipun kalau aku nak tunjuk proses pindahturun maleh le aku .... aku ajor yang senang .... yang lain boleh belajar sendiri jika asas dah tahu. Mungkin lepas ini korang boleh cuba pada site-site lain seperti maxis , geocities , anglefire , xoom , dan macam - macam lagi ...

Mendaftar email percuma - hotmail
Ini pun satu hal jugak ..... Mungkin pada kita yang dah tahu menggunakan hotmail berkata apa lah ... ini pun nak tunjuk ... Tapi ini amat berguna bagi mereka yang baru dalam internet. Lagipun mereka yang dah terrer menggunakan internet tidak akan membeli CDROM ini .... maklumlah dah terrer .... Tapi ianya amat mudah kerana langkah - langkah akan deiterangkan dengan padat dan ringkas .... So .... Jangan tunggu lagi yeop ..... dapatkan satu ....

Nota : Jika anda masuk keruangan kredit anda dapat mendengar suara - suara krew aspati yang paling pemalu.
Akhir kata .... Selamat Belajar !!!!

Topik Internet :

INTEGRASI INTERNET

Topik 1. MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

1. Apa dia Internet?
2. Lebuh raya Terbesar Maklumat
3. World Wide Web
4. Internet Explorer
5. Sebahagian daripada paparan.
6. Bar Perkakasan (Toolbar).
7. Bar Alamat
8. Bar perkakasan pautan (link).
9. Ruangan melihat dan laman web
10. Pautan (Links)
11. Bar Status
12. Menjelajah sesuatu laman
13. Pautan ke Laman Web yang lain
14. Menggunakan butang Back dan Forward untuk menjelajah
15. Menggunakan History untuk menjelajah.
16. Seting Favorites
17. Menggunakan Stop untuk mengganggu hubungan.
18. Menggunakan Refresh untuk mengemaskinikan paparan.
19. Menukar Laman Web anda
20. Mengawal History.
21. Menggunakan Find untuk mencari perkataan dan ungkapan
22. Menukar saiz Font.
23. Mencetak Muka Surat Laman

Topik 2.  MENGAKTIFKAN DESKTOP ANDA

1. Mengaktifkan Desktop anda.
2. Melihat Desktop sebagai Laman Web
3. Integrasi Bar Tugasan Web (Task bar)
4. Menambah jalan pintas laman web pada Desktop anda
5. Memaparkan laman web
6. Memaparkan komponen Active Web

Topik 3.  PERKHIDMATAN ATAS TALIAN

1. Pilihan Penyedia Perkhidmatan
2. ISP (Internet Service Provider) Pembekal Perkhidmatan Internet.
3. Perisian Penghubung
4. Perisian Pelayar.
5. Capaian setempat atau seluruh negara.
6. Folder Perkhidmatan Atas Talian.

Topik 4.  TOLAKAN DAN KANDUNGAN SALURAN
(PUSH AND CHANNEL CONTENT)

1. Push Technology (Teknologi Tolakan)
2. Standard
3. Galeri Active Desktop Microsoft.
4. Saluran
5. Menonton Saluran Sedia Ada
6. Melanggan Sesuatu Saluran.
7. Menguruskan Langganan Anda.
8. Menonton Kandungan Saluran.

Topik 5.  E-MEL

1. Apakah itu Mel Elektronik?
2. Bagaimana Anda Mencapai E-mel
3. Apakah aplikasi-aplikasi e-mel yang ada?
4. Microsoft Outlook dan Outlook Express
5. Mengset aplikasi Emel Anda
6. Memulakan Outlook Express
7. Internet Connection Wizard
8. Nama anda dan Alamat E-mel
9. Pelayan E-mel anda
10. Nama Akaun dan Kata Laluan Anda
11. Nama yang sesuai untuk pelayan
12. Jenis Sambungan - Telefon atau Rangkaian kerja
13. Dial up connections
14. Penyudahan setting
15. Kepala E-mel Pesanan dan Ruang
16. Melihat Pesanan
17. Melihat pesanan dalam tetingkap berasingan
18. Membalas pesanan
19. Menghantar semula pesanan kepada lain penerima ( forward )
20. Pengurusan E-mel dalam folder
21. Memadam Pesanan
22. Mengembalikan semula fail yang telah dipadam
23. Mencipta Pesanan Baru
24. Memformat Text pada pesanan
25. Melampirkan fail dalam pesanan
26. Memaparkan Lampiran
27. Keluar dari Outlook Express

Topik 6 : KUMPULAN BERITA ( NEWSGROUP )

1. Apa bendanya Kumpulan Berita ?
2. Bagaimana mencapai kumpulan berita
3. Pembaca berita yang boleh didapati
4. Setting Applikasi pembaca berita anda
5. Memulakan outlook express
6. Folder dan ruang paparan
7. Menukar Folder
8. Wizard sambunagn internet
9. Memasukkan maklumat Pengenalan
10. Membuat Sambungan
11. Melanggan kumpulan berita
12. Memaparkan pesanan
13. Membalas pesanan
14. Hantor pesanan yg diterima ke orang lain ( foward )
15. Cipta Pesanan Baru
16. Menyimpan pesanan
17. Memaparkan pesanan yg telah disimpan
18. Memaparkan folder dalam senarai
19. Menukar kumpulan
20. Melanggan / membatalkan Langganan Kumpulan Berita
21. Dah habis daaaaa .... mana ada lagi ...