Make your own free website on Tripod.com
Pasang Sendiri Komputer Anda
Versi 2.0

Menu Utama

Penerangan Mengenai Kad Bunyi

Pilihan Komponen

Deen galimeng .... Pengenalan

Video - cara pemasangan komponen

Kredit ...

Pasang Sendiri Kompter Anda merupakan sebuah perisian Bahasa Malaysia yang menerangkan bagaimana untuk kita memasang sebuah komputer peribadi Multimedia.Penerangan yang diberikan adalah 100% dalam Bahasa Malaysia menggunakan bahasa yang amat mudah difahami. Setiap penerangan disertakan dengan nota ringkas bagaimana prosidur pemasangan akan dilakukan.Ianya terbahagi kepada 2 bahagian asas iaitu penerangan komponen beserta dengan grafik dan musik latar. Perisian ini amat mudah digunakan dengan butang interaksi yang jelas.

Dalam bahagian Pertama Penerangan komponen dibahagikan kepada 19 komponen asas bagi sesebuah komputer multimedia. Dalam bahagian ini kita akan dapat melihat bagaimana bentuk alatan tersebut beserta fungsi-fungsi asasnya. Bahagian ini juga dapat kita mendalamkan lagi pengetahuan tentang komponen asas sebuah komputer. Ini amat baik bagi kita mengenal dengan lebih dekat akan fungsi komponen-komponen tersebut.btang interaksi yang mudah boleh digunakan bagi proses navigasi keseluruhan kursus yang dibuat.

Terbahagi kepada 2 bahagian Utama penerangan Asas komponen dan Pemasangan.
Bahagian pertama pengguna didedahkan tentang komponen-komponen asas sesebuah komputer multimedia. Setiap bahagian komputer dipecahkan kepada 20 bahagian asas meliputi casing , pemacu disket , pemproses , pemacu cakera keras , memori dan sebagainya. Setiap tajuk komponen di interaktifkan dengan butang kawalan supaya pengguna dapat mengawal perjalanan kursus dan penerangan. komponen. Musik latarbelakang yang diadaptasi kan secara 3 dimensi dapat memberikan hasil bunyi latarbelakang yang baik jika pengguna menggunakan sistem bunyi 'surround'.

Visual secara grafik akan dibekalkan bagi pengguna untuk membuat rujukan serta nota penerangan asas yang semuanya boleh dikawalselia menggunakan butang-butang interaktif yang disediakan. Dalam bahagian ini juga pengguna diberi pilihan samada untuk membaca nota-nota mengenai komponen ataupun mengarahkan perisian untuk membaca nota-nota yang diberikan.

Bahagian kedua memuatkan aturcara bagaimana komponen-komponen yang telah diterangkan akan fungsi dan kegunaannya disatukan melalui kaedah pemasangan komputer.Dalam bahagian ini juga pelajar akan dapat melihat tip tip berguna bagaimana peralatan komponen dimuatkan serta di aturkan menjadikan sebuah komputer peribadi yang lengkap. Penerangan melalui nota secara bertulis dan visual video yang boleh dikawal akan menjadikan cara pemasangan komputer menjadi lebih mudah dan ringkas.

Seterusnya pengguna akan dapat melihat sendiri secara 'hidup' dan ini akan meningkatkan pemahaman mengenai aturcara pemasangan komputer.Satu konsep yang unik terdapat pada CDROM ini ialah dimana video-klip nya diterangkan secara bersahaja dengan 'bahasa pasar' supaya pengguna akan merasakan seperti berada dihadapan pengajar kelas pemasangan komputer. Kami harap Anda tidak akan terkejut dengan kehadiran 'Deen galimeng' yang menjadi pengacara yang suka bergurau.Konsep iklan juga diperkenalkan dalam CDROM ini bagi pengguna untuk mendapatkan khidmat luaran selain mendapat manafaat daripada kandungan CDROM ini.

CDROM ini juga dapat dijadikan rujukan mengajar untuk syarikat-syarikat yang mengajar asas komputer kepada golongan kanak-kanak atau mereka yang baru dan ingin menambah pengetahuan untuk mengenal komponen komputer serta prosidur pemasangannya.