Ingin jadi gila-gila macam deen galimeng dan kroni ... ? 
halaman khas ruangan kelab aspati ......
Deen Galimeng  ® Aspati 1999 - 2000 Hakcipta Terpelihara

    Penubuhan Kelab Aspati adalah memberi peluang kepada anda yang ada buat aturcara secara bersendirian dirumah. Kami juga seperti anda pada mulanya dahulu. Berkat kerajinan bercampur dengan cerdik pandai yang tahu tentang komputer apa salah kita sama sama berkongsi pengalaman . Jika anda ada membuat satu satu aturcara yang mungkin untuk kegunaan anda , apa salah anda cuba pasarkan melalui Aspati. Mana tahu aturcara yang anda lakukan ada juga peminat yang ingin menggunakannya. Melalui kelab ini juga kami ingin mengumpulkan sebanyak mungkin ahli yang mana kita ni sama-sama bodoh dalam banyak segi. Mungkin ada rakan-rakan kelab ini yang agak pandai yang boleh memberikan tunjukajar secara percuma untuk rakan-rakan kita yang lain.
*
    Atas kesedaran inilah kami menubuhkan kelab Aspati yang khusus bagi kita sama-sama mendalami bidang IT.
Mungkin bagi yang terrer ini adalah kacang sahaja , tapi bagi yang ingin belajar .... ???? Disini lah tempatnya
Cuba anda bayangkan anda ada membuat satu aturcara untuk mengira pertukaran unit kaki ke meter , sungguhpun pada orang yang terrer ini kacang tapi siapa tahu dalam 20 juta penduduk malaysia ini ada 200 orang yang perlu kepada aturcara ini.
*
    Mungkin anda boleh menjual aturcara anda semurah RM5.00 untuk para peminat perisian mudah anda. cuba bayangkan jika 200x5 = RM1000.00 . Atas konsep inilah kami menjual perisian kami agak murah. Dan memuatkan banyak iklan dalam CDROM kami. Dengan cara ini kami agak kurang rugi jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mem'pirate'kan perisian kami. Kalau dia pirate sekurang-kurangnya kami masih mendapat untung melalui pengiklanan yang telah kami buat.
*
    Kami belum menyusun aktiviti untuk Aspati secara menyeluruh , tetapi kami akan cuba untuk menggunakan kelab ini untuk perkara yang berfaedah. Jika anda berminat untuk menyertai Kelab Aspati hantarkan permohonan anda beserta butir-butir anda kepada kami.
*
Nama
Alamat
No Telefon
No Faks
Email
Jantina
Kegemaran
Pengalaman
Kepakaran
Missi anda
Idea yang mungkin pada orang lain sebagai gila babi .... tapi cuba luahkan
Perisian pernah digunakan
*
* Kepada mereka yang biasa bekerja dan terrer dengan internet dan boleh handlekan forum , mailing list ke apa ke , hubungi kami bagi pautan ke laman saudara/saudari ....
*
Tiada bayaran dikenakan untuk anda menyertai kelab ini .... PERCUMA ... Terima Kasih


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Deen Galimeng  ® Aspati 1999 - 2000 Hakcipta Terpelihara